Thursday, December 9, 2010

Di tepi pantai..


Sambil menatap ke kaki langit
Kukatakan padanya
Di sana, di atas lautan pasir kita akan berbaring
Dan tidur nyenyak sampai Subuh tiba
Bukan kerana ketiadaan kata-kata
Tetapi kerana kupu-kupu kelelahan
Akan tidur di atas bibir kita
Besok, oh cintaku, besok
Kita akan bangun pagi sekali
Dengan para pelaut dan perahu layar mereka
Dan kita akan terbang bersama angin
Seperti burung-burung..(Habiburrahman El Shirazy)

Dataran itu telah D merdekakan...

Melihat kerlipan lampu-lampu, kemuncaknya bangunan pencakar langit, keseronokkan si anak kecil, keghairahan dalam mengejar keremajaan dan kedewasaan dan tidak ketinggalan karenah-karenak sang perempit jalanan sedikit sebanyak membuatkan kita bermenolog tentang kehidupan ini..aduh..adakah semua ni yang kita kejar, kita cari dan kita akan gapai???
sesungguhnya kehidupan di dunia ini amat mencabar dan menduga kita dalam mencari arah hidup yang kita mahu..tersilap langkah dalam mencari haluan, kita masih lagi dapat menggunakan GPS untuk mengatasinya, tersilap taip kita masih lagi bley menekan key backspace atau pon delete....tp....masalahnya hari tu p jalan2 nga motor, GPS pon xde..tp nasib baik x sesat sebab signbox ade..hohoh..ini lah hasilnya..:-)






Wednesday, December 8, 2010

KLIMS 2010

Semarakkan KLIMS 2010 di PWTC...banyak informasi terbaru pasal kereta n yang penting model kereta concept yang dikeluarkan oleh perodua & proton.Fuyyyoo...banyak hebat..Syabas malaysia...








Untuk maklumat harga tiket hanya RM 15 sahaja untuk dewasa.kalo ada student card RM 5 je..hohoh..berbaloi baloi...

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya'
(Ali ‘Imran:103).
Salam maal hijrah kepada yang tersayang, sahabat-sahabat handai dan seluruh umat islam yang berpijak di hamparan tikar ALLAH ini. Semoga tahun islam ini menjadi titik tolak kepada setiap perlakuan kita sebagai hamba yang sering mengabdikan diri kepada NYA. jangan tidak-tidak yaa...:-)

bertenggek...?ape tu...

ermm..ni kawan aku nyer pasal lah aku terpengaruh nak wat blog..bez gak awal2 ni kan..almklumlah exited kot..sape ek kawan aku tu..nak tahu ker??naty-nty la ek..ni nak cter skit pasal blog aku ni..susah gak mase nak plih nama blog ni..last2 terpkir satu nama..ape tu??ni ha..JomDudukBertenggek namanya..cuba tgk kt url korg tu, same kan kan..hehe..Mengikut kamus dewan edisi ke-4, bertenggek maksudnya duduk di tempat yang tinggi. itu aje..nak tahu lbey lanjut...tunggu...


JomDudukBertenggek

               Burung merpati terbang ke hutan,
                   Duduk bertenggek di tepi sungai;
                        Tuan umpama cahaya intan,
Bagai zamrud baru dicanai.